BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 19, 2010

*KUAT*


Ingin melihat aku jatuh?
Ingin melihat aku menangis?
Ingin melihat aku menjerit lalu berteriak?
Nah..kau boleh mengujiku

Ingin mengecewakan aku?
Ingin menendangku keluar?
Ingin memberi tekanan kepadaku?
Nah..buatlah!!

Ingin menunjuk kemegahanmu?
Ingin mematahkan semangatku?
Ingin memberhentikan aku?

Tidak peduli betapa sukarnya ia, aku tidak akan sakit
Tidak peduli betapa jauhnya ia, aku akan berlari mengejar
Tidak peduli berapa lama harus menunggu, aku akan tetap bertahan
Kerana kau hanya buat aku jadi kuat

Ingin membuatku jadi bisu?
Ingin menolakku sampai jatuh?
Ingin mengawal diriku?
Nah..cubalah kalau boleh!

Ingin menghalauku?
Ingin menjatuhkan aku?
Ingin menendangku keluar?
Ya..kamu boleh cuba

Tidak peduli betapa sakitnya cabaran ini, aku akan bertahan
Tidak peduli berapa lamanya harusku menanti, aku tetap menunggu
Tidak peduli betapa jauh aku perlu berlari, aku takkan berhenti
Kerana semua ini hanyalah menambah kekuatanku

Titik!