BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 20, 2010

*dua doa atas satu sejadah*


kala tuhan mencipta dalil
bangun sujud si matahari, terang malap si rembulan
di tabir langit, wujudlah hari

meniti qada' dan qadar itu
iman wajiblah mengadap satu kaabah
bukti saksi seru sekalian alam

dalam saat malam menggantikan siang
tersadai sehelai sejadah hijau
lewat hamba-hambanya sujud pada yang satu

dalam sendu, bernada seorang

tuhanku
telah kau ciptakan adam untuk hawa
berdosakah seorang hawa untuk hawa lain, di sisimu?
atas namamu, ia ukwah nan sejati

dada berderu, seorang menahan sebak
mengharap tuhan mendengar isi hati

aku tidak melencong tuhanku
kerana, dia aku temui di satu siratulmustaqim
dan melaluinya, aku melihat,
aku mendengar, aku merasa,
aku menghidu lantas aku mengerti
akulah si mentari, aku yang menghujani

demi siratulmustaqim itu
tunjukkanlah kebenaran kepadaku
yang telah mencederai satu hati
yang cuba memberi sebuah keiklasan
apakah aku buta akan kejujuran?
lantas hati pernah berjanji
dia selalu tidak ada
dialah paling tidak berguna
tapi tuhanku..

tersekat patah-patah kata yang terutara
tersentuh hatinya
lalu laju jua butir-butir jernih
tumpah di atas bentangan sejadah
tahajudnya hakiki

dialah yang paling setia
dan aku si buta
yang tidak faham akan penantiannya
ampunkan aku tuhan
mata hatiku sungguh kabur
aku sangat terluka kerananya

seraya tidak bertahan
sebelum amin, dia terbujur, tersungkur

aku sambutmu

kamu memang sahabatku


No comments:

Post a Comment